Monday 11 November 2013

LIVERPOOL 4-0 FULHAM


Selamat tinggal 3-5-2. Kembalinya 4-4-2 , kebetulan dengan kembalinya barisan 4 belakang musim lepas Johnson, Enrique, Skrtel dan Agger dalam pasukan. Liverpool begitu fleksibel dengan pelbagai formasi kerana cukup pemain skuad. Dengan Fulham, Liverpool menurunkan 14 pemain termasuk simpanan dalam 90++ minit perlawanan. Kesebelasan yang diturunkan hampir kepada kekuatan sebenar .

Tabiat suka membantai pasukan lemah sudah jadi tren sejak awal musim. Tetapi yang lebih penting ialah pasukan kita mendominasi perlawanan dengan Fulham sejak awal sepak mula. Fulham musim ini main untuk turun Liga nampaknya, tak bersemangat macam zaman Danny Murphy jadi kapten dulu. Di tambah pula dengan bekas penyerang Man U yang serba pemalas dihadapan, Liverpool memang tak risau nak bertahan langsung.

Dominasi Liverpool bermula seawal minit pertama dari sepakan sudut. Hantaran Gerrard, ditanduk Skrtel, namun Agger yang dapat bola muntah melakukan voli tinggi melepasi palang. Kebolehan Gerrard yang tak pernah hilang adalah sepakan percuma. Dalam gol pembukaan walaupun dihasilkan oleh bek Fulham sebagai gol sendiri, tapi kepaduan dan ketepatan sasaran sampai kekawasan bahaya, amat mudah bagi sesiapa menanduk masuk gol tersebut.

Skrtel jadikan peminat serba-salah begitu juga pengurus malam tadi. Sepakan sudut Gerrard mencari ruang tengah dan Skrtel meluru dan dapat mengelak dari rodblok oleh bek Fulam untuk gol kedua Liverpool. Harga pasaran saham Skrtel telah naik sekali ganda dari 12juta pound menjadi 25juta, nota untuk Benitez dan pemilik Napoli. Sejak dua menjak Skrtel dah macam kembali menjadi Skrtel budak besi, bukan budak pemakan Meggie musim lepas.

Dalam peminat dok kalut dengan lorongan maut Coutinho, Henderson curi tumpuan dan tak mahu kalah sebab ramai dok puji Coutinho . Hantaran halimunan beliau melepasi 3 lapis pertahanan Fulham dan dihidu Suarez yang lama dah bersedia lari masuk ke dalam kawalan ketat kubu Fulham. Liverpool telah menjaringkan gol ke-3 tak sampai 30 minit. Itupun kalau tengok percubaan yang kantoi, silap-silap 5 minit sekali papan skor tak larat nak kemaskini jumlah gol.

Jaringan Suarez untuk gol kedua peribadi, menutup tirai kenduri gol walaupun masih berbaki 30 minit perlawanan. Ia dihasilkan hasil kesilapan Bek lawan yang cuma memegang bola untuk menyerang dari bawah. Henderson dengan pantas mengasak dan menerjah bola dan terkantoilah bola sambil Gerrard meluru dapatkan bola dengan pantas menjolok kearah Suarez yang lari merempit tanpa halangan untuk gol tersebut.
Rekod musim ini Suarez dan Sturridge berkongsi 8 gol dan juga berkongsi gelaran penjaring terbanyak Liga.

Separuh kedua cerita lain sikit, ketamakan dan rasa nak buat gol secara individu melanda Liverpool. Suarez mungkin mahu hatrik dan Sturridge masih mahu gol setiap perlawanan jadi impilkasi ini membuatkan kadang-kala peluang beri gol untuk kawan sudahnya menjadi percubaan sia-sia. Sikap tamak sebegini mungkin baik jika dalam keadaan sekarang dengan mendahului 3 biji, tapi macam kes lawan Arsenal salah satu punca macam inilah.

Apa yang dapat dihuraikan amat mudah dengan mengembalikan sistem 4 dibelakang, 4 ditengah dan 2 menyerang, segalanya kembali kepada versi separuh kedua musim lepas Liverpool. Bahagian tengah nampak kembali tenang dan kembali mendominasi perlawanan. Tapi yang paling menonjol ialah betapa pentingnya Johnson dan Enrique dalam nadi hidup pasukan untuk bermain tanpa pemain sayap ortodok.  Dengan mereka, Coutinho dan Henderson bebas merayau-rayau ditengah dan teapi ikut suka untuk mengelirukan pemain tengah Fulham yang banyak bertahan.

Saturday 28 September 2013

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND


Hanya terpisah 2 mata dari pendahulu Arsenal, tak membuatkan Liverpool tersasar jauh dari permulaan terbaik . Cuma dua kekalahan terakhir sedikit mengejutkan. Bedah siasat telah dilakukan dan punca telah dikenalpasti, namun apakah langkah pencegahan telah diambil Brendan untuk menghadapi pasukan Sunderland yang mempunyai semangat baru setelah memecat pengurus mereka, Paolo Di Canio, selepas perlawanan dengan WBA.

Pengurus sementara Kevin Ball, telah berjaya menyatupdukan pasukan. Memang betul Sunderland jadi teruk kerana ada komplot untuk menjatuhkan bekas Pengurus Diktator mereka, dan mereka berjaya dalam misi itu. Kini Sunderland tanpa Di Canio bagi saya amat lain dan perlu dipandang serius kemampuan mereka. Perlawanan Piala Liga baru-baru ini membuktikan Sunderland mampu bermain baik serta mencapai kemenangan walaupun lawan mereka sekadar pasukan Divisyen 1, Peterborough.

Eksperimentasi formasi 3-4-3 ketika lawan Man U, adalah penerapan taktikal yang positif kerana pasukan kita ramai pemain pertahanan dari pemain serangan. Walaupun ianya masih memerlukan keserasian antara trio serangan Sturridge-Moses-Suarez, namun barisan pertahanan yang juga bertiga amat utuh untuk diceroboh serangan lawan secara bersemuka. Kebolosan kita hanya melalui sepakan penjuru dan ianya hanya ketidaknasibbaik pasukan kita dan kebijakan lawan yang pandai mencuri peluang.

Kita amat berharap badi Sunderland dengan Suarez masih kekal. Menurut rekod, 5 kali Liverpool bertemu Sunderland, Suarez tak pernah terlepas untuk merobek jaring lawan dalam 5 pertembungan sebelum ini. Mignolet dan Henderson akan pulang menentang bekas majikan mereka dan saya harap mereka jangan malu alah untuk memastikan majikan lama mereka bungkus. Cuma apa yang penting ialah memanafaatkan peluang yang terhidang dan berterus-terusan mendominasi perlawanan tanpa perlu bermain selamat jika sekadar mendahuli dengan jaringan tipis.