Thursday, 17 May 2012

GAMBAR ANFIELD DI HARI TERAKHIR MUSIM 2011/2012

Berikut adalah antara gambar-gambar kenangan yang telah disiarkan di laman rasmi Liverpool FC.tv sekitar 8 May 2012 iaitu hari terakhir Anfield digunakan. Dari segi persediaan sebelum perlawanan sehinggalah tamatnya perlawanan. Semoga musim 2011/2012 ini menjadi sesuatu kenangan dan pengalaman yang amat berharga kepada peminat serta pesukan Liverpool di Anfield. Selamat tinggal Anfield. Jumpa lagi untuk musim 2012/2013. YNWA...


Sunday, 13 May 2012

United Trolled Within a Matter of Five Minutes

JANGAN AMBIL KAIN PELIKAT KAMI

Merahsebenar ingin mengucapkan tahniah kepada penyokong-penyokong Liverpool di Malaysia khususnya yang sudi mencuri masuk ke blog Merahsebenar, kerana anda kita telah berjaya mengekalkan prestasi jatidiri kita sebagai penyokong pasukan Liverpool yang tetap bersama tak kira semasa jatuh bangunnya pasukan kegemaran kita. Merahsebenar juga ingin mengucapkan tahniah kepada Liverpool F.C dengan terkeluarnya design jersey baru kita untuk season depan. Design jersey tersebut memang mantap dan menyengat seperti Nani disengat tebuan. Pastinya musim depan, pasukan Liverpool akan lebih bersemangat dengan terpakainya jersey tersebut.

Bukan saja Liverpool F.C, malahan Arsenal dan Man Utd juga turut memperhebohkan rekaan baru jersey mereka, tapi sayang seribu kali sayang buat Man Utd pabila baju mereka tersalah cetak oleh pasukan pencetak baju Nike baru2 ini dan menyebabkan jersey baru pasukan tersebut nampak seakan-akan lantai salah sebuah Restoran Mamak di Ulu Kinta. Jersey tersebut juga bila dilihat kali kedua nampak seakan-akan papan dam aji di salah sebuah warung di Ulu Kinta juga. Jersey mereka kali ini nampak seribu kali lebih unik dari biasa kerana bila dilihat kali ketiga, ianya nampak seakan-akan kain pelikat jenama gajah duduk yang menjadi pilihan ramai sekarang.

Tidak kiralah jika anda peminat bola sepak atau peminat permainan gasing peringkat kampung, jika anda memerlukan jersey untuk pasukan anda, janganlah membeli jersey bercorak kotak kerana diragui penggunaanya.. ditakuti jersey tersebut akan direbuti oleh pakcik2 penggemar permainan dam aji dan ditakuti jersey tersebut dipakai ke masjid kerana disangka kain pelikat.

JANGAN AMBIL KAIN PELIKAT KAMI..

manchester united bola sepak gajah duduk

WAIT DONT TOUCH IT!!!

ARSENAL team

see the diffrent..?haha

final hope MANCHESTER UNITED